“Pesakit gout harus mengelak daripada makan makanan laut seperti kerang, ikan salmon, ikan bilis, udang dan ketam kerana kandungan purinanya tinggi. Purina ialah sejenis protein yang membentuk asid urik hasil proses metabolisme dan berpotensi menyebabkan serangan gout.
“Purina juga terdapat dalam organ-organ dalaman haiwan seperti hati dan hempedal ayam, perut, otak dan usus lembu serta daging kambing. Sebab itu, saya sarankan pesakit sentiasa amalkan diet mengikut panduan piramid makanan,” jelas Ai Leng yang tidak menggalakkan pesakit minum minuman keras kerana ia meningkatkan paras asid urik dalam badan.
Sakit bukan main lagi tu kalau kena.
Selain itu, ada juga saya terbaca bahawa kopi atau kandungan kafein dalam minuman juga boleh merencatkan penyingkiran asid urik dari dalam badan. Bukan itu saja, alkohol pun boleh melambatkan penyingkiran asid urik itu...
Semoga berhati-hati... makan biar berpada pada...
No comments:
Post a Comment