Tuesday, 26 April 2011

Bersedia Untuk Menjangkakan Yang Terburuk

Pernahkah anda terfikir bahawa benda yang anda paling sayangi sekarang tiba-tiba lenyap dalam sekelip mata?
Teringat pula kisah kawan-kawan sedunia kita di Negara Matahari Terbit, bagaimana dalam sekelip mata harta benda terutamanya nyawa orang yang disayangi lenyap dihempas pukulan Tsunami yang dicetuskan oleh gegaran Gempa Bumi kuat di perairan utara Jepun. Terasa sangat bersyukur pula kita berada di negara Malaysia ni. Bebas dari Lingkaran Api Pasifik. Orang kita mungkin boleh mengetepikan kejadian seperti Gunung Berapi atau Gempa Bumi daripada berlaku di negara kita. Cuma kita tidak dapat menghalang tempias Tsunami dan kesan gegaran jika bencana ini berlaku kepada kawan-kawan kita di negara jiran. Negara mungkin masih menyimpan coretan sejarah hitam yang melanda negara kita beberapa tahun lalu semasa Tsunami melanda Sumatera dan sebahagian negeri di utara semenanjung Malaysia. Kawan-kawan kita yang terlibat pasti sangat faham dengan peristiwa hitam itu. Apatah lagi jika ada kehilangan ahli keluarga yang tersayang.
   Mari kita lupakan peristiwa lalu, sebaiknya kita teruskan hidup. Life must go on kata omputeh... Tapi itu semua bergantung kepada sejauh mana penerimaan kita terhadap peristiwa yang melanda kita. Di sini lah dasar kuat diperlukan agar tiang kekuatan dan ketabahan kita tidak akan runtuh walaupun berlaku hujan lebat atau banjir lumpur. Dasar yang kita perlukan adalah didikan rohani dan nilai-nilai moral yang tinggi. Semuanya bermula dari rumah. Dari benda yang dimakan, perkara yang dilihat dan didengar setiap hari, persekitaran yang dialami di rumah mahupun di sekolah. Misalnya jika kita diberi makanan yang berlemak setiap hari, perut kita akan sentiasa rasa kenyang, memaksa jantung mengepam lebih banyak darah ke bahagian usus untuk memastikan semua makanan dibakar secukupnya sehinggakan bekalan darah ke otak berkurangan. Ini akan menyebabkan otak kita kurang aktif, kita akan cepat rasa mengantuk, penerimaan terhadap input-input ilmiah dan pembelajaran yang diterima setiap hari sukar diterima dalam keadaan mengantuk. Sesungguhnya "You are what you eat". Mungkin inilah sebabnya kerajaan menitikberatkan penyediaan makanan di sekolah-sekolah sekarang. Kurangkan nasi lemak di kantin? Mungkin nasi boleh digantikan dengan nasi tidak lemak. Jadi, namanya nanti bukan nasi lemak tapi nasi kurang lemak... (macam kurang gula, kurang manis, kurang kolesterol, kurang masam, kurang pahit, kurang mahal, kurang lebih, lebih kurang lah...)
Berbalik kepada topik kita hari ini, bersedia untuk menjangkakan yang terburuk. Lebih kurang macam kalau kita pergi "blind date", kita bersedia untuk menjangkakan orang yang kita bakal jumpa itu mungkin sangat buruk mukanya, buruk akhlak, buruk siku dan seumpamanya. Sama lah kisahnya jika anak-anak kita pergi ambil keputusan SPM atau PMR atau UPSR. Kita kena bersedia terima keputusan yang paling teruk dari anak kita. Ataupun jika kita ditawarkan kerja yang belum pernah kita buat sebelum ini, kena bersedia menerima perubahan hidup seperti persekitaran yang teruk atau teman sekerja yang membenci kita...
Seperkara yang kita kena sentiasa beringat, jangan sampai perkara terburuk berlaku kepada kita di atas jalanraya, disebabkan kecuaian atau kelekaan kita. Sesaat kita terlelap, padah menanti...

No comments:

Post a Comment