Tuesday, 26 April 2011

Tanda-tanda Awal Penyakit Buah Pinggang

Tempoh hari isteri saya ada mengadu sakit pinggang. Katanya, jangan-jangan ini sakit buah pinggang ni. Terus saya terfikir pula mahu search di net apa tanda-tanda sakit buah pinggang. Menurut kebanyakan sumber yang saya perolehi, sakit buah pinggang tidak menunjukkan tanda-tanda awal sehingga ia sampai ke tahap yang teruk. "Malangnya, kesemua tanda dan gejala ini kebiasaannya tidak akan kelihatan sehinggalah buah pinggang anda telah mengalami kerosakan yang teruk. Ada juga kemungkinan anda langsung tidak akan mengalami sebarang tanda atau simptom tersebut walaupun buah pinggang anda sudah tidak berfungsi lagi. Oleh sebab itu, anda tidak boleh bergantung kepada kesemua tanda dan gejala tersebut untuk mengesan penyakit buah pinggang dan sebaliknya menganggap yang anda tidak mempunyai penyakit tersebut jika anda langsung tidak mengalami sebarang tanda-tanda tersebut" -Dato' Dr. Zaki Morad bin Mohd Zaher
Pakar Runding Kanan Nefrologi
. Anda boleh rujuk http://www.mestiambiltahu.com/db3.cfm?key=article atau http://www.ehow.com/how_2051918_recognize-symptoms-kidney-disease.html

Anda akan dapati beberapa tanda-tanda fizikal yang berkaitan dengan masalah buah pinggang. Antaranya:
1) Kerap kencing di waktu malam (penukaran corak urinasi)
2) Bengkak di bawah mata, kaki dan abdomen (perut)
3) Air kencing bercampur darah
4) Sakit pinggang yang bukan disebabkan oleh pergerakan
5) Rasa loya atau muntah
6) Penurunan berat badan mendadak (tanpa sebab)
7) Ujian air kencing menunjukkan kandungan protein yang tinggi
8) Tekanan darah tinggi
9) Jangkitan pada saluran air kencing

Tanda-tanda ini perlu dipastikan melalui ujian air kencing. Jika anda mengalami tanda-tanda ini, sila segera dapatkan ujian dan rawatan di klinik berdekatan anda...
Saya rasa lega selepas mengetahui bahawa tanda-tanda ini tidak terdapat pada isteri saya..

No comments:

Post a Comment