-
- 1 If you can, sleep in an extra hour on Monday mornings. Going to bed early on Sunday night doesn't always help because most people will remain awake until their usual bedtime.
- 2 If you can't sleep in by a full hour (and most of us can't), take action Sunday night to shorten your morning preparation time so that you can set the alarm for 15 minutes later than usual. Wash your hair, pack lunches, lay out your outfit or pack your briefcase on Sunday night.
- 3 Hop out of bed the moment you wake up on Monday morning. Lingering in that downy comforter will only draw out the agony.
- 4 End your shower with a jolt of cold water to tear yourself out of your grogginess. Or exercise in the morning to get your blood pumping and to release those feel-good endorphins.
- 5 Get out in the sunlight. Bright light tells your body that it is indeed the morning and helps reset your internal clock.
- 6 Drink coffee or another caffeine beverage. Although it's not healthy to drink caffeine to the point of addiction, caffeine, when used in moderation, can give your Monday mornings that much-needed oomph and alertness.
- 7 Anticipate your Monday morning on Friday afternoon. Fight the temptation to race away from a messy desk. Clean up your desk and leave yourself a to-do list to make Monday morning a little more tolerable.
Yang di atas ni tips orang pro, bah, sa punya tips untuk menjadikan Hari Isnin hari yang best:
1. Kasi tinggal majalah kah, barang kesayangan anda di tempat kerja supaya kamu tidak sabar mo pi kerja untuk mendapatkan barang kesayangan kamu itu...hehe
2. Rancang menu atau makanan kegemaran anda untuk dibawa ke tempat kerja... Breakfast biasanya mempengaruhi mood anda untuk sepanjang hari
3. Sayangi hasil kerja anda... Saya biasanya akan sediakan "To-do list" untuk Hari Isnin pada petang Jumaat minggu sebelumnya...
4. Pakai pakaian yang belum pernah anda pakai (pakaian baru... supaya rakan sekerja akan puji kita seawal pagi...kita akan senyum, senyuman adalah tanda positif to kick-start your day...)
5. Elakkan jammed (kesesakan lalu lintas)... Jadi kena awal sikit jalan...hehe
6. Pastikan keadaan kereta anda dalam keadaan baik pada hari sebelum itu... jangan ja minyak tidak cukup, enjin susah mo start...
7. Pasang lagu-lagu best dalam kereta (kasi kuat pun tak apa... yang penting kamu enjoy...) saya suka dengar "Gotcha Call" dari stesen Hitz.fm by JJ & Ean... KK 100.80 fm
8. Jangan tidur lewat pada malam sebelumnya...hehe, nanti mengantuk... kalau ada match BPL MU lawan Chelsea atau ManCity atau Arsenal atau Liverpool pada malam sebelumnya... saya akan kasi ready dulu perasaan sa...mana tau MU kalah, nanti frust sampai pagi Isnin...
9. Dan yang paling penting jangan lupa berdoa minta keberkatan dari Tuhan supaya hari anda ankan lebih baik, minta dijauhkan sebarang malapetaka, dan perkara yang tidak baik... hehe
Semoga anda mendapat manfaat dari tips yang sa kongsi ini...TGIM...
- 1
Sunday, 4 December 2011
Bagaimana menjadikan Hari Isnin hari yang lebih menarik?
Monday..."blue Monday", atau I hate Monday...!! Bagaimana mau menjadikan Hari Isnin lebih menjadi satu hari yang dinanti-nanti, dan seolah-olah kita tidak sabar untuk sampai ke tempat kerja? hehe... Here are some tips...
Saturday, 8 October 2011
GDL... Gout Datang Lagi!!!!
“Pesakit gout harus mengelak daripada makan makanan laut seperti kerang, ikan salmon, ikan bilis, udang dan ketam kerana kandungan purinanya tinggi. Purina ialah sejenis protein yang membentuk asid urik hasil proses metabolisme dan berpotensi menyebabkan serangan gout.
“Purina juga terdapat dalam organ-organ dalaman haiwan seperti hati dan hempedal ayam, perut, otak dan usus lembu serta daging kambing. Sebab itu, saya sarankan pesakit sentiasa amalkan diet mengikut panduan piramid makanan,” jelas Ai Leng yang tidak menggalakkan pesakit minum minuman keras kerana ia meningkatkan paras asid urik dalam badan.
Sakit bukan main lagi tu kalau kena.
Selain itu, ada juga saya terbaca bahawa kopi atau kandungan kafein dalam minuman juga boleh merencatkan penyingkiran asid urik dari dalam badan. Bukan itu saja, alkohol pun boleh melambatkan penyingkiran asid urik itu...
Semoga berhati-hati... makan biar berpada pada...

Friday, 20 May 2011
CV - Curriculum Vitae
Berikut adalah contoh format CV atau orang gelar dia juga Resume:
Curriculum Vitae Format
Your Contact Information (Maklumat Perhubungan/ alamat)Name Nama
Address Alamat
Telephone No talipon
Cell Phone talipon bimbit
Personal Information (Butir-butir peribadi)
Date of Birth Tarikh Lahir
Place of Birth Tempat Lahir
Citizenship Warganegara
Visa Status Status Visa (kalau bukan warganegara)
Gender Jantina
Optional Personal Information (Maklumat Tambahan)
Marital Status Status Perkahwinan
Spouse's Name Nama Pasangan
Children Anak
Employment History (Sejarah atau Latarbelakang Kerjaya)
List in chronological order, include position details and dates (sila senaraikan mengikut turutan yang mana terdahulu ke terkemudian, sertakan jawatan dan tarikh/ tempoh bekerja)
Work History Sejarah Bekerja
Academic Positions Jawatan / Posisi Akademik
Research and Training Penyelidikan dan latihan
Education (Pendidikan)
Include dates, majors, and details of degrees, training and certification (sertakan tarikh, jurusan, butiran sarjana/ ijazah, latihan dan sijil)
High School Pengajian Tinggi
University Universiti
Graduate School Sekolah Graduan
Post-Doctoral Training Latihan yang seumpama dengan PhD...dsb
Professional Qualifications (Kelayakan Profesional)
Certifications and Accreditations Pentauliahan dan Akreditasi
Computer Skills Kemahiran Komputer
Awards Anugerah
Publications Penerbitan
Books Buku
Professional Memberships Keahlian Profesional
Interests Minat/ Hobi/ Kegemaran
emmmm... lebih kurang, kurang lebih begitulah... semoga dapat membantu...
Saturday, 30 April 2011
What A Beautiful Day... The Seventhday of the week...
Which day is actually the seventh day? As a Sabahan, we normally count the day with number... The local dialect number: Ari Satu (Monday), Ari Dua (Tuesday), Ari Tiga (Wednesday), Ari Ampat (Thursday), Ari Lima (Friday), and Ari Anam (Saturday). The only day that they refuse to call by number is the Sunday (we call it Ari Minggu). "Minggu" means week. "Satu" means number one (1), "Dua" means number two (2), "Tiga" number three (3), Ampat or empat means four, "Lima" number five and "anam" or enam means six (6). Even in Sabah here, we do not call the Sunday as the seventhday, rather we call it "The week day". Which is the true seventhday?
Some calendar we could normally see the arrangements of the day start with Sunday and ends with Saturday. Some calendar they start with Monday and ends with Sunday. This could result in confusion on which is which.
Let us see some of the article we could search by google engine, which is actually the original seventhday. According to the modern calendar, (which is The Gregorian Calendar), most of the week started with Monday. Although majority of them appear with The Sunday is the 1st day of the week. Here are some site that would give you ideas on which is the seventhday of the week..

Wednesday, 27 April 2011
Baru Mau Belajar Fotografi Bah Ni
Tuesday, 26 April 2011
Tanda-tanda Awal Penyakit Buah Pinggang
Tempoh hari isteri saya ada mengadu sakit pinggang. Katanya, jangan-jangan ini sakit buah pinggang ni. Terus saya terfikir pula mahu search di net apa tanda-tanda sakit buah pinggang. Menurut kebanyakan sumber yang saya perolehi, sakit buah pinggang tidak menunjukkan tanda-tanda awal sehingga ia sampai ke tahap yang teruk. "Malangnya, kesemua tanda dan gejala ini kebiasaannya tidak akan kelihatan sehinggalah buah pinggang anda telah mengalami kerosakan yang teruk. Ada juga kemungkinan anda langsung tidak akan mengalami sebarang tanda atau simptom tersebut walaupun buah pinggang anda sudah tidak berfungsi lagi. Oleh sebab itu, anda tidak boleh bergantung kepada kesemua tanda dan gejala tersebut untuk mengesan penyakit buah pinggang dan sebaliknya menganggap yang anda tidak mempunyai penyakit tersebut jika anda langsung tidak mengalami sebarang tanda-tanda tersebut" -Dato' Dr. Zaki Morad bin Mohd Zaher
Pakar Runding Kanan Nefrologi . Anda boleh rujuk http://www.mestiambiltahu.com/db3.cfm?key=article atau http://www.ehow.com/how_2051918_recognize-symptoms-kidney-disease.html
Anda akan dapati beberapa tanda-tanda fizikal yang berkaitan dengan masalah buah pinggang. Antaranya:
1) Kerap kencing di waktu malam (penukaran corak urinasi)
2) Bengkak di bawah mata, kaki dan abdomen (perut)
3) Air kencing bercampur darah
4) Sakit pinggang yang bukan disebabkan oleh pergerakan
5) Rasa loya atau muntah
6) Penurunan berat badan mendadak (tanpa sebab)
7) Ujian air kencing menunjukkan kandungan protein yang tinggi
8) Tekanan darah tinggi
9) Jangkitan pada saluran air kencing
Tanda-tanda ini perlu dipastikan melalui ujian air kencing. Jika anda mengalami tanda-tanda ini, sila segera dapatkan ujian dan rawatan di klinik berdekatan anda...
Saya rasa lega selepas mengetahui bahawa tanda-tanda ini tidak terdapat pada isteri saya..

Bersedia Untuk Menjangkakan Yang Terburuk
Pernahkah anda terfikir bahawa benda yang anda paling sayangi sekarang tiba-tiba lenyap dalam sekelip mata?
Teringat pula kisah kawan-kawan sedunia kita di Negara Matahari Terbit, bagaimana dalam sekelip mata harta benda terutamanya nyawa orang yang disayangi lenyap dihempas pukulan Tsunami yang dicetuskan oleh gegaran Gempa Bumi kuat di perairan utara Jepun. Terasa sangat bersyukur pula kita berada di negara Malaysia ni. Bebas dari Lingkaran Api Pasifik. Orang kita mungkin boleh mengetepikan kejadian seperti Gunung Berapi atau Gempa Bumi daripada berlaku di negara kita. Cuma kita tidak dapat menghalang tempias Tsunami dan kesan gegaran jika bencana ini berlaku kepada kawan-kawan kita di negara jiran. Negara mungkin masih menyimpan coretan sejarah hitam yang melanda negara kita beberapa tahun lalu semasa Tsunami melanda Sumatera dan sebahagian negeri di utara semenanjung Malaysia. Kawan-kawan kita yang terlibat pasti sangat faham dengan peristiwa hitam itu. Apatah lagi jika ada kehilangan ahli keluarga yang tersayang.
Mari kita lupakan peristiwa lalu, sebaiknya kita teruskan hidup. Life must go on kata omputeh... Tapi itu semua bergantung kepada sejauh mana penerimaan kita terhadap peristiwa yang melanda kita. Di sini lah dasar kuat diperlukan agar tiang kekuatan dan ketabahan kita tidak akan runtuh walaupun berlaku hujan lebat atau banjir lumpur. Dasar yang kita perlukan adalah didikan rohani dan nilai-nilai moral yang tinggi. Semuanya bermula dari rumah. Dari benda yang dimakan, perkara yang dilihat dan didengar setiap hari, persekitaran yang dialami di rumah mahupun di sekolah. Misalnya jika kita diberi makanan yang berlemak setiap hari, perut kita akan sentiasa rasa kenyang, memaksa jantung mengepam lebih banyak darah ke bahagian usus untuk memastikan semua makanan dibakar secukupnya sehinggakan bekalan darah ke otak berkurangan. Ini akan menyebabkan otak kita kurang aktif, kita akan cepat rasa mengantuk, penerimaan terhadap input-input ilmiah dan pembelajaran yang diterima setiap hari sukar diterima dalam keadaan mengantuk. Sesungguhnya "You are what you eat". Mungkin inilah sebabnya kerajaan menitikberatkan penyediaan makanan di sekolah-sekolah sekarang. Kurangkan nasi lemak di kantin? Mungkin nasi boleh digantikan dengan nasi tidak lemak. Jadi, namanya nanti bukan nasi lemak tapi nasi kurang lemak... (macam kurang gula, kurang manis, kurang kolesterol, kurang masam, kurang pahit, kurang mahal, kurang lebih, lebih kurang lah...)
Berbalik kepada topik kita hari ini, bersedia untuk menjangkakan yang terburuk. Lebih kurang macam kalau kita pergi "blind date", kita bersedia untuk menjangkakan orang yang kita bakal jumpa itu mungkin sangat buruk mukanya, buruk akhlak, buruk siku dan seumpamanya. Sama lah kisahnya jika anak-anak kita pergi ambil keputusan SPM atau PMR atau UPSR. Kita kena bersedia terima keputusan yang paling teruk dari anak kita. Ataupun jika kita ditawarkan kerja yang belum pernah kita buat sebelum ini, kena bersedia menerima perubahan hidup seperti persekitaran yang teruk atau teman sekerja yang membenci kita...
Seperkara yang kita kena sentiasa beringat, jangan sampai perkara terburuk berlaku kepada kita di atas jalanraya, disebabkan kecuaian atau kelekaan kita. Sesaat kita terlelap, padah menanti...

Subscribe to:
Posts (Atom)